Sejarah Cirneco Etna

Baka ini dinamai sempena Gunung Berapi Etna di Sicilia, tempat asalnya. Perkataan cirneco diterbitkan daripada perkataan bahasa Latin Latin: cyrenaicuscode: la is deprecated yang berkaitan dengan Cyrenaica di Afrika Utara, dan dalam bahasa Itali moden digunakan untuk semua anjing pemburu kecil dari pulau-pulau Laut Tengah, termasuk Sicilia, Malta, dan Kepulauan Balear.[3] Kajian-kajian genetik bagi hubungan antara cirneco dengan baka-baka lain telah mengeluarkan hasil-hasil bercanggah: salah satu mengesahkan kerapatannya dengan kelb tal-fenek dari Malta dan podenco Ibiza dari Kepulauan Balear, namuna juga menghubungkannya dengan anjing gunung Pyrénées;[6] satu lagi menemukan bukti bagi aliran gen daripada podenco Canaria dari Kepulauan Canaria;[7] satu kajian genomik pada tahun 2021 menemukan bahawa ia paling berkait rapat dengan kelb tal-fenek dan anjing pemburu Itali.[8] Kerap ada dakwaan berkontroversi bahawa cirneco Etna ialah baka purba.[3][4][9][5][10] Sebutan bersurat terawal bagi baka moden adalah daripada Maurizio Migneco, seorang doktor bedah veterinar dari Adrano di lereng Gunung Etna, yang menerbitkan pernyataan dalam Il Cacciatore Italiano pada tahun 1932. Ini dilihat oleh wanita bangsawan, Agata Paternó Castello, yang membeli sesetengah anjing berkenaan dan pada tahun 1934 mula membiakbakakan anjing-anjing itu.[9] Baka ini diiktiraf oleh Ente Nazionale della Cinofilia Italiana pada tahun 1939, berdasarkan piawaian baka yang disusun oleh Giuseppe Solaro dari Torino.[9][11] Cirneco diterima secara tetap oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956.[12] Ia merupakan baka jarang; pada tempoh dari tahun 2010 hingga tahun 2018, pendaftaran baharu di Itali berangka sekitar antara 100 dengan 150 setiap tahun.[5] Pendaftaran baka bersyarat pada kejayaan penyelesaian ujian kerja, dalam hal ini, ujian lapangan spesifik.[5][13]

Rujukan

WikiPedia: Cirneco Etna https://www.enci.it/media/6142/199.pdf https://www.enci.it/libro-genealogico/razze/cirnec... http://www.treccani.it/vocabolario/cirneco https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/199g05-e... https://www.fci.be/en/nomenclature/CIRNECO-DELL-ET... https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1002/e... http://dx.doi.org/10.1002%2Fece3.3842 http://dx.doi.org/10.1080%2F1828051X.2021.1873076 https://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.1080/182805... https://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.1080/182805...